Malaysia mampu capai sasaran 200 pingat

Malaysia mampu capai sasaran 200 pingat

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) bersama atlet negara pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 Thailand 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia diyakini mampu mencapai sasaran 200 pingat secara keseluruhan di temasya Sukan SEA 2025 berdasarkan prestasi semasa atlet atlet negara.

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah berkata, angka itu realistik berdasarkan analisis prestasi dan rekod atlet dalam 50 jenis sukan yang akan dipertandingkan.

“Ini sasaran yang kami bertanggungjawab ke atasnya. Semua atlet menunjukkan kesediaan tinggi dan tidak sabar turun berjuang demi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Edisi 2025 menyaksikan Malaysia bakal membawa kontinjen terbesar dalam sejarah penyertaan di Sukan SEA, membabitkan 1,142 atlet serta 515 pegawai.

Dalam memastikan kelancaran operasi, Nurul Huda berkata, saluran komunikasi 24/7 telah diaktifkan bagi memastikan sebarang isu dapat ditangani dengan kebajikan dan disiplin atlet kekal sebagai keutamaan.

Beliau turut menegaskan perpaduan, disiplin dan kesiapsiagaan menjadi teras kekuatan kontinjen Malaysia yang telah menjalani fasa akhir latihan termasuk program motivasi dan patriotisme.

“Kami akan bertanding dengan integriti, semangat Malaysia dan penuh kebanggaan. Tekanan ada, tetapi motivasi mereka semakin tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata, beliau optimis kontinjen negara mampu menamatkan kempen Sukan SEA 2025 dalam kelompok lima terbaik.

“Saya rasa kita mampu untuk berada di kedudukan itu. Dengan pertambahan sukan-sukan, acara-acara sukan yang menjadi kekuatan kita seperti skuasy, boling, dan berbasikal,” katanya.

Pada edisi di Kemboja, Malaysia melakar rekod terburuk dalam sejarah penyertaan di Sukan SEA apabila berada di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 emas, 45 perak dan 96 gangsa.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN