Malayan Tigress intai kejutan

Malayan Tigress intai kejutan

Pemain Malayan Tigress menjalani latihan sebagai persiapan untuk aksi pembukaan Sukan SEA 2025 menentang Vietnam, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status bukan pilihan di temasya Sukan SEA 2025 bukan alasan buat skuad Malayan Tigress menyerah dengan mudah kepada lawan dalam saingan Kumpulan B.

Skuad kendalian Joel Cornelli akan berdepan juara bertahan, Vietnam malam ini dan pastinya mereka mengintai kejutan dalam aksi pembukaan yang berlangsung di Stadium Chonburi.

Atas kertas, Vietnam jelas memiliki reputasi besar selaku pemenang pingat emas dalam empat edisi terakhir temasya dwitahunan itu sejak 2017 di Kuala Lumpur selain 10 kali berturut-turut layak ke final sejak 2001.

Bagaimanapun, Cornelli enggan terlalu memikirkan mengenai kehebatan lawan, sebaliknya lebih memberi fokus terhadap percaturan yang akan dilakukan dalam usaha meraih keputusan positif buat skuad Malayan Tigress.

Dua aksi persahabatan menentang Bangladesh dan Azerbaijan sebelum ini juga memberi gambaran jelas kepada Cornelli bahawa anak buahnya turut memiliki kualiti untuk mencipta kejutan ke atas pasukan lebih baik.

“Paling penting adalah keyakinan untuk mengalahkan pasukan yang memiliki struktur yang bagus terutamanya Bangladesh yang baharu saja layak ke Piala Asia.

“Jadi, ia perbandingan yang bagus, sekarang kami tahu bahawa kami ada kemampuan untuk kalahkan pasukan setaraf itu,” kata Cornelli.

Corneli membayangkan keputusan positif pada perlawanan pertama akan memberi suntikan semangat kepada pemainnya untuk cuba mempamerkan permainan terbaik pada baki dua perlawanan Kumpulan B menentang naib juara edisi lalu, Myanmar dan Filipina.

“Sudah pasti kami menghormati ketiga-tiga negara itu kerana mereka adalah pasukan yang kuat, kerap mara ke separuh akhir ataupun final. Namun saya yakin yang kami tetap memiliki peluang.

“Sejak saya hadir ke dalam pasukan, perkara pertama saya katakan adalah kami perlu membina mentaliti juara. Saya lihat keputusan sebelum ini tidak begitu bagus namun sekarang mereka sudah buktikan,” katanya.

habis

KAPSYEN: Pemain Malayan Tigress menjalani latihan sebagai persiapan untuk aksi pembukaan Sukan SEA 2025 menentang Vietnam, malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN