Kem ping pong sumbang dua gangsa

Kem ping pong sumbang dua gangsa

PENCAPAIAN kem ping pong negara merudum selepas edisi 2023 di Kemboja menyaksikan masing-masing meraih perak. IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan lelaki dan wanita ping pong kebangsaan berjaya menyumbang gangsa Sukan SEA 2025 selepas masing-masing tewas pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Dewan Westgate, Nonthaburi.

Skuad lelaki terlebih dahulu turun menentang Vietnam bagi merebut tempat ke final.

Bagaimanapun, pasukan negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas Vietnam memadam harapan menewaskan Malaysia 3-0.

Pingat emas menjadi milik Singapura selepas menundukkan Vietnam 3-2 pada aksi final hari ini.

Dalam saingan wanita menyaksikan tuan rumah bangkit pada perlawanan penentuan bagi memastikan slot ke final 3-2.

Thailand membuktikan status selaku tuan rumah selepas menuai pingat emas menewaskan Singapura 3-2.

Untuk rekod, pencapaian kem ping pong negara merudum selepas edisi 2023 di Kemboja menyaksikan masing-masing meraih perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN