Hoki dalam dewan negara catat kemenangan ketiga

Hoki dalam dewan negara catat kemenangan ketiga

SKUAD hoki dalam dewan wanita negara mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen Sukan SEA 2025. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki dalam dewan wanita negara, Rodhanizam Mat Radzi mengakui berpuas hati dengan kejayaan pemainnya menewaskan Indonesia 3-0 dalam aksi ketiga Sukan SEA 2025, hari ini.

Rodhanizam berkata corak permainan yang dipamerkan oleh pemainnya menunjukkan peningkatan berbanding aksi sebelum ini.

“Alhamdulillah, kemenangan yang ketiga. Kita bertemu dengan pasukan yang boleh dikatakan seteru kita, Indonesia. Tahniah kepada pemain kerana menang dengan tiga jaringan tanpa dibolosi.

“Kita lihat kebangkitan pemain berbanding semalam. Pemain sudah memberi aksi terbaik dan barisan kejurulatihan berbangga dan berpuas hati,” katanya.

Nor Asfarina Isahiyifiqa Isahhidun menjaringkan dua gol menerusi pukulan sudut penalti sebelum Nur Atira Mohamad Ismail menambah satu lagi jaringan.

Menjelang pertemuan terakhir pusingan round robin menentang Thailand esok, Rodhizam berkata masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya.

Sementara itu, bagi aksi hoki padang wanita pula menyaksikan Malaysia terikat 1-1 menentang Thailand.

Malaysia berada di depan seawal minit kedua menerusi penalti shoot-out, Nuramirah Shakirah Zulkifli sebelum Sudarat Noo-Keaw menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki dua minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN