Hoe Yean raih emas hatrik Sukan SEA

Hoe Yean raih emas hatrik Sukan SEA

Jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean berjayamempertahankan pingat emas acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan SEA Thailand 2025. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean berjayamempertahankan pingat emas acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki di Sukan SEA Thailand 2025, sekali gus melengkapkan hatrik emas di temasya dwitahunan itu.

Dalam aksi di Pusat Akuatik Huamark itu, Hoe Yean dipaksa mengerahkan seluruh tenaga ebelum memastikan emas ketiga berturut-turut menjadi miliknya dengan catatan masa satu minit 48.64 saat (s).

Kemenangan itu bagaimanapun hadir dengan tentangan sengit daripada perenang Vietnam, Tran Van Nguyen Quoc yang meraih pingat perak selepas mencatatkan 1:48.70s, hanya 0.06s di belakang Hoe Yean.

Kejayaan ini di Thailand melengkapkan emas ketiganya dalam acara tersebut selepas memenanginya pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam dan 2023 di Phnom Penh, Kemboja.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN