Ainaa Amani tepati ramalan tuai emas

Ainaa Amani tepati ramalan tuai emas

Noor Ainaa Amani Ampandi meraih emas skuasy perseorangan wanita Sukan SEA Thailand 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Noor Ainaa Amani Ampandi menepati ramalan apabila merangkul pingat emas dalam acara skuasy perseorangan wanita pada Sukan SEA Thailand 2025, sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Kolej Vajiravudh itu, Ainaa Amani yang diletakkan selaku pilihan utama kejohanan mudah menewaskan rakan sepasukan, Yee Xin Ying.

Ainaa yang juga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan aksi terbaik untuk mengatasi Xin Ying menerusi kemenangan 11-7, 12-10, 8-11, 11-4.

Kejayaan atlet berusia 23 tahun itu sekali gus melenyapkan kebimbangan yang disuarakan sebelum ini kerana dia ergelut dengan kecederaan lutut kanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN