Venue Songkhla tutup, pindah ke Bangkok

Sukan SEA: Venue di Songkhla di tutup, pindah ke Bangkok

- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Temasya terbesar di Asia Tenggara, Sukan SEA 2025 kini memasuki babak yang tidak pernah dijangka apabila kesemua acara yang pada asalnya diadakan di Songkhla terpaksa dipindahkan ke Bangkok berikutan banjir.

Menurut portal Bangkok Post, kesemua sukan yang dipindahkan ke Bangkok adalah catur, judo, karate, muay thai, pencak silat, gusti, wushu, bola sepak dan futsal.

“Keputusan itu dibuat pada Rabu dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Sukan SEA 2025 iaitu Menteri Pelancongan Thailand, Atthakorn Sirilatthayakorn, serta wakil dari setiap negara yang mengambil bahagian,” kata Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Thailand (NOCT), Chalitrat Chantarubeksa seperti dipetik Bangkok Post.

Chalitrat turut berkata, selain kebimbangan sama ada air banjir akan surut sebelum temasya itu berlangsung, keadaan venue selepas bencana alam itu juga perlu diambil kira.

Katanya, Thailand bersedia untuk menanggung segala kerugian yang ditanggung oleh negara peserta disebabkan perubahan venue tersebut.

“Sebagai tuan rumah, Thailand juga akan mempertimbangkan cara untuk memberi pampasan kepada negara-negara yang mengambil bahagian kerana sebahagian peserta telah menempah penerbangan dan penginapan di Songkhla,” katanya.

Katanya, pengumuman rasmi akan dibuat oleh penganjur selepas mesyuarat diadakan pada hari ini.

Itu bermakna, dengan Songkhla tidak lagi menjadi venue pertandingan, Sukan SEA Thailand akan diadakan di Bangkok dan Chonburi pada 9 hingga 20 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN