Qabil akhiri perlumbaan 2 di tangga kelima

Qabil akhiri perlumbaan 2 di tangga kelima

PENAMPILAN Qabil Irfan Azlan dalam dua perlumbaan pusingan ketujuh bagi kelas ESBK Talent di Litar Jerez hanya sebagai pelengkap musim selepas dinobatkan juara lebih awal, September lalu. - Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan menutup aksinya, musim ini, di kedudukan kelima dalam perlumbaan 2 bagi kelas ESBK Talent pada pusingan ketujuh Kejohanan Superbike Sepanyol di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.

Melakar masa 11 minit 20.246 saat (s), kedudukan pelumba yang mewakili pasukan Frando Racing VHC Team itu, bagaimanapun, tidak tergugat selepas dinobatkan lebih awal selaku juara keseluruhan bagi musim 2025 semasa pusingan keenam di Portugal lagi pada September lalu.

Pelumba tuan rumah, Iker Rodriguez menjuarai perlumbaan 2 dengan catatan masa terpantas 11:19.836s, manakala, naib juara menjadi milik Andres Garcia (11:19.856s) dan David Peris di tempat ketiga (11:19.919s).

Selaku juara keseluruhan, Qabil berjaya mengumpul 279 mata selepas menokok 27 mata dalam perlumbaan 1 dan 2 di Litar Jerez.

Dalam perlumbaan 1 yang berlangsung, semalam, menyaksikan Qabil berjaya melengkapkan aksinya di kedudukan ketiga dengan catatan masa 26:12.242s.

Qabil ketika ditemu bual selepas perlumbaan berakhir berkata, dia berasa bersyukur berjaya menamatkan perlumbaan 2 di kedudukan kelima.

“Perlumbaan sangat sengit, bukan rezeki saya untuk naik podium sekali lagi.

“Insya-Allah, saya akan terus berusaha lagi untuk perlumbaan akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN