Portugal berpesta gol tanpa Ronaldo

Portugal berpesta gol tanpa Ronaldo

KAPTEN Portugal, Bruno Fernandes mengasak pemain Armenia pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO: Portugal berpesta gol meskipun tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo selepas membelasah Armenia 9-1 dalam aksi Kumpulan F, untuk mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026.

Pada aksi itu, Bruno Fernandes dan Joao Neves masing-masing mencetak hatrik manakala untuk membantu Portugal bangkit bergaya selepas dua keputusan mengecewakan bulan lalu, seri di Hungary dan tewas mengejut di Ireland yang turut menyaksikan Ronaldo dilayangkan kad merah.

Keputusan itu membolehkan Portugal menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.

Di Porto, Renato Veiga membuka tirai jaringan pada minit ketujuh, sebelum Armenia mengejutkan tuan rumah melalui jaringan penyamaan Eduard Spertsyan.

Namun selepas itu, Portugal meningkatkan asakan dengan jaringan demi jaringan daripada Goncalo Ramos, Neves, Fernandes dan Francisco Conceicao.

Neves mempamerkan kelas tersendiri dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti dan sepakan percuma terus ke penjuru atas gawang, manakala Fernandes pula menyempurnakan dua sepakan penalti dan satu penyudah tenang hasil gerakan cantik bersama Ramos.

Conceicao menutup pesta jaringan pada masa kecederaan untuk menjadikan kemenangan ini antara yang terbesar dalam sejarah Portugal.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN