Menang GP Valencia, Marco bawa pulang jentera

Menang GP Valencia, Marco bawa pulang jentera

MARCO BEZZECCHI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIA: Kejayaan memenangi Grand Prix (GP) Valencia menyaksikan Marco Bezzecchi memenangi satu pertaruhan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola untuk membawa pulang motosikal ke rumahnya.

Bezzecchi muncul pelumba ketiga keseluruhan terbaik musim 2025 gagal merebut podium dalam perlumbaan pecut walaupun bermula dari petak utama.

Namun dia mendahului GP Valencia dari awal hingga akhir, menahan tekanan hebat daripada Raul Fernandez pada penghujung saingan sekali gus meraih kemenangan perlumbaan utama ketiganya musim ini.

Ditanya mengenai aksi itu selepas perlumbaan, Bezzecchi berkata sambutan perkahwinannya itu berkait dengan satu pertaruhan yang dibuatnya bersama Rivola, yang berkata dia boleh menyimpan RS-GP tahun ini jika dia memenangi tiga perlumbaan GP.

“Boleh dikatakan bahawa sekarang ini sangat trend untuk berkahwin dan saya mahu jadi lebih ‘trendy’ sedikit kerana biasanya saya tak ikut benda-benda macam ini.

“Saya sayang motosikal saya. Ia memang sangat hebat. Saya memenangi motosikal ini dalam satu pertaruhan kerana dengan Massimo saya beritahu ‘kalau saya dapat menang tiga perlumbaan, maka motosikal itu akan dibawa pulang’.

“Dan saya menang motosikal itu. Jadi, saya perlu tanya dia sama ada dia mahu berkahwin dengan saya dan nasib baik, dia kata ya,” katanya.

Bezzecchi berkata, jentera tersebut akan diletakkan di tempat paling istimewa di ruang tamu rumahnya, di satu sudut yang dikosongkannya sepanjang musim.

“Bukan di bilik tidur saya tetapi saya ada tempat yang sempurna. Ia di ruang tamu saya. Saya ada ruang besar yang saya biarkan kosong sepanjang musim dan ia akan menjadi benda pertama yang saya nampak apabila saya masuk ke dalam rumah.

“Jadi, dengan cara ini, apabila saya pulang dari latihan, saya akan teringat dengan jelas apa yang perlu saya capai,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN