Deaflympics 2025: Malaysia ‘tumpul’ di Tokyo

Deaflympics 2025: Malaysia ‘tumpul’ di Tokyo

Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong menang pingat emas dalam acara boling lelaki Deaflympics 2025 di Tokyo, kelmarin. - IHSAN MSDEAF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kempen Malaysia di Deaflympics Tokyo 2025 berakhir dengan kegagalan selepas kontinjen negara sekadar mengutip satu emas, dua perak dan satu gangsa.

Pencapaian itu sekali gus menyaksikan sasaran tiga emas yang ditetapkan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) gagal dicapai, biarpun persiapan rapi telah dibuat.

Tampil bertanggungjawab atas kegagalan itu, Ketua Kontinjen Negara (CDM), Mohd. Yusri Abdul Ghani memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yusri menegaskan beliau bertanggungjawab penuh terhadap pencapaian itu dan tidak menyalahkan 25 atlet yang menurutnya berjuang habis-habisan sepanjang temasya.

“Sewaktu di Sukan SEA Jakarta dan Asia Pasifik, prestasi mereka sangat memberangsangkan. Namun, di Jepun, jurulatih memaklumkan atlet gemuruh apabila berdepan lawan yang fizikal.

“Itu sudah memberi kesan psikologi, menyebabkan semangat dan fokus sedikit terjejas. Namun, beberapa rekod berjaya dipecahkan, dan itu membanggakan,” kata Mohd. Yusri.

Malaysia menamatkan temasya dengan satu emas beregu lelaki boling, dua perak menerusi karate kumite individu bawah 84kg dan beregu wanita boling serta satu gangsa daripada badminton beregu campuran.

Dalam pada itu, Yusri turut mengakui tempoh penyesuaian untuk berdepan cuaca sejuk Jepun masih tidak mencukupi biarpun kontinjen tiba lebih awal di Miyoshi sejak 4 November lalu.

“Memang kita ada penyertaan kejohanan bersama atlet normal dan kejohanan dunia pekak, tetapi jumlah kejohanan memang terhad.

“Kita juga telah memberikan pandangan dalam mesyuarat kongres agar lebih banyak kejohanan dianjurkan mengikut format sukan atlet normal,” katanya.

Kontinjen turut menerima suntikan kerajaan termasuk peruntukan tambahan RM3 juta dan insentif kemenangan RM80,000 untuk emas, RM40,000 untuk perak dan RM20,000 untuk gangsa sebagai pembakar semangat menuju kempen akan datang.-UTUSAN

Habis

KAPSYEN: Atlet boling negara, Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong pemenang emas tunggal kontinjen negara di Deaflympics Tokyo 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN