Revolusi Harimau Malaya tidak gagal

Revolusi Harimau Malaya tidak gagal

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ketika mencemar duli hadir ke sidang akhbar mengenai pasukan kebangsaan di Hotel Grand Dorsett Subang di sini, semalam. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek pasukan kebangsaan tidak gagal biarpun tujuh pemain warisan terpalit isu dokumentasi dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak boleh melihat peningkatan ketara yang berjaya ditampilkan skuad Harimau Malaya.

Katanya, di bawah kendalian Peter Cklamovski, skuad kebangsaan mempamerkan perubahan menerusi struktur pasukan yang lebih baik, khususnya taktikal.

“Saya rasa ia (projek pasukan kebangsaan) tidak gagal sebab jika anda cakap mengenai struktur bola sepak, anda boleh lihat struktur bawah Peter (Cklamovski).

“Pemain (Harimau Malaya) tidak keliru, mereka tahu bagaimana nak main dan dari segi taktikal serta teknikal, saya lihat ada peningkatan.

“Bagi saya, saya akan berjuang untuk pemain (tujuh pemain warisan) sebab mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka berhak mewakili negara,” kata Tunku Mahkota Ismail.

Baginda turut mendedahkan lebih 20 pemain yang didakwa memiliki darah campuran pernah dikemukakan bagi mendapat kerakyatan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Namun katanya, hanya tujuh pemain yang mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan untuk diberikan status kerakyatan, sekali gus dapat menyarung jersi skuad kebangsaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN