Repsol bakal gantikan Liqui Moly

Repsol bakal gantikan Liqui Moly

Syarikat minyak gergasi dari Sepanyol ini mula menjadi penaja utama pasukan kilang Honda dalam MotoGP sejak 1995, menjadikannya salah satu kerjasama paling berjaya dan berpanjangan dalam sejarah sukan dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penaja ikonik MotoGP, Repsol yang sebelum ini menyokong pasukan kilang Honda dijangka kembali ke paddock pada tahun depan dengan peranan baharu yang mengejutkan.

Syarikat minyak gergasi dari Sepanyol ini mula menjadi penaja utama pasukan kilang Honda dalam MotoGP sejak 1995, menjadikannya salah satu kerjasama paling berjaya dan berpanjangan dalam sejarah sukan dunia.

Menurut laporan dari motorsport.com Sepanyol, Repsol dijangka akan kembali ke paddock MotoGP pada 2026 namun kali ini, ia tidak akan menyambung kerjasama sebagai penaja utama Honda, sebaliknya bakal mengambil alih peranan selaku pembekal pelincir rasmi bagi kelas Moto2 dan Moto3.

Peranan tersebut ketika ini disandang oleh Liqui Moly yang pada asalnya telah menandatangani perjanjian dengan Dorna Sports pada 2022 untuk kekal sehingga akhir musim 2027.

Namun, laporan motorsport.com menyatakan bahawa perjanjian ini akan ditamatkan lebih awal, membuka peluang untuk Repsol kembali menampilkan jenamanya pada motosikal perlumbaan Grand Prix (GP).

Masih belum jelas sama ada Liqui Moly akan terus berperanan sebagai penaja utama bagi GP Jerman memandangkan perjanjian berjalan sehingga akhir 2027. 

Perkembangan tersebut merupakan satu peningkatan pendedahan yang signifikan untuk Moto2 dan Moto3 yang dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah menjadi topik perbualan hangat. 

Moto2 dan Moto3 dijangka akan dipindahkan keluar dari lorong pit pada hujung minggu perlumbaan GP dan akan beroperasi di kawasan tersendiri di dalam paddock.

Namun begitu, Dorna telah mengesahkan bahawa laporan yang mendakwa Moto3 hanya akan berlangsung di pusingan Eropah adalah tidak benar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN