BANTING: Hasrat pendahulu Jersi Oren, Matteo Malucelli untuk terus mendominasi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 berakhir lebih awal selepas dia terpaksa menarik diri pada peringkat keenam, hari ini.
Pelumba XDS Astana itu hanya sempat berkayuh 16.5 kilometer (km) dalam laluan sejauh 123.5km dari Shah Alam ke Port Dickson sebelum terbabit dalam kemalangan bersama pelumba Uno-X Mobility, Erland Blikra.
Akibat kemalangan itu, Malucelli terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan edisi kali ini, namun berbeza dengan Blikra yang bangkit menyambung perlumbaan.
Lebih memilukan, Malucelli yang juga penyandang Jersi Oren musim lalu mengakhiri kempen dengan kekecewaan selepas hanya sempat mempertahankan kedudukannya sehingga ke Port Dickson.
Turut sama menamatkan perlumbaan lebih awal ialah pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Vadim Pronskiy, yang juga terbabit dalam insiden kemalangan.-UTUSAN