JDT berpesta gol belasah PDRM 7-0

JDT berpesta gol belasah PDRM 7-0

Pemain JDT, Bergson Da Silva dan Arif Aiman meraikan jaringan ketika menentang PDRM pada perlawanan Liga Super 2025/2026, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol membelasah PDRM FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan juara Liga Suer 11 kali berturut-turut itu mengukuhkan kedudukan di carta Liga mengatasi Kuala Lumpur City (KL City) yang berada di tangga kedua.

Anak buah Xisco Munoz berada 2-0 di hadapan menerusi dua gol jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-28 dan 32 untuk menutup tirai separuh masa pertama

Pemain JDT, Bergson Da Silva diasak penjaga gol PDRM pada perlawanan Liga Super 2025/2026, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

Bersambung abak kedua, JDT terus menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga menerusi penyudah Bergson da Silva pada minit ke-54 dan Eddy Israfilov pada minit ke-67.

Tidak cuku dengan itu, Jairo da Silva mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-77 sebelum Romel Morales menambah erita tuan rumah untuk gol keenam pada minit ke-83.

Jairo melengkapkan pesta gol Harimau Selatan menerusi jaringan ketujuh dua minit kemudian, sekali gus menghampakan skuad The Cops di laman sendiri.

Selepas ini, PDRM FC akan menentang Negeri Sembilan di tempat lawan sementara JDT akan melayan kunjungan pendatang baharu, DPMM FC di Stadium Sultan Ibrahim.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN