Flick akur tewas kepada PSG di saat akhir

Flick akur tewas kepada PSG di saat akhir

HANSI FLICK - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Jurulatih Barcelona, Hansi Flick menegaskan pasukannya perlu belajar untuk bertahan dengan lebih baik selepas bolos pada saat akhir sekali gus tewas 1-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam.

Barcelona mendahului permainan menerusi jaringan Ferran Torres pada minit ke-19 sebelum lawan bangkit hasil gol Senny Mayulu pada minit ke-38 dan Goncalo Ramos pada minit ke-90.

“Apabila kedudukan 1-1, anda perlu bertahan dengan lebih baik, mempunyai struktur pertahanan yang lebih kukuh.

“Kami akan belajar daripada ini dan kami perlu perbaiki pada masa akan datang apabila menentang pasukan berkualiti seperti ini,” kata Flick.

Jurulatih dari Jerman itu berkata, PSG layak menang perlawanan tersebut dan mengakui pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar serta tidak mampu menandingi juara Eropah itu.

“Tiada gunanya untuk mengatakan kami berada pada tahap yang sama (tetapi) saya percaya kepada pasukan saya, hari ini (semalam) bukan hari terbaik kami.

“Kami berlatih untuk menjadi lebih baik dan perlawanan hari ini (semalam) akan banyak membantu kami, juga untuk masa depan. Seluruh pasukan perlu bertahan, seluruh pasukan perlu menyerang.

“Falsafah yang mereka (PSG) miliki sangat hebat. Mereka mempunyai pemain muda, berkualiti tinggi dan kelajuan ketika mengawal bola, sangat, sangat bagus,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN