Arsenal terus gah di puncak EPL

Arsenal terus gah di puncak EPL

Eberechi Eze muncul wira apabila meledak gol ketika menentang bekas pasukannya, Crystal Palace di Stadium Emirates.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal kendalian Mikel Arteta berjaya mengukuhkan cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menumpaskan Crystal Palace 1-0, semalam.

Dalam aksi berkenaan, Eberechi Eze muncul wira apabila meledak gol ketika menentang bekas pasukannya, Crystal Palace di Stadium Emirates.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu, yang beraksi lima musim bersama Palace sebelum berpindah ke Arsenal pada Ogos lalu, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-39.

Gol berkenaan hadir selepas tandukan Gabriel Magalhaes jatuh tepat di hadapan Eze yang tenang menolak masuk menewaskan penjaga gol, Dean Henderson.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal melanjutkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan liga dan 10 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Skuad kendalian Arteta kini mengumpul 22 mata selepas sembilan perlawanan, empat mata di depan pasukan di tangga kedua, Bournemouth.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal terus mengasak mencari jaringan tambahan dengan beberapa peluang terhidang, namun penyudah umpul menjadi penghalang.

Kemenangan itu mengekalkan momentum positif Arsenal dalam usaha mereka memburu kejuaraan pertama Liga Perdana Inggeris sejak musim 2003/2004.

Dalam aksi lain, Manchester City tewas 0-1 kepada Aston Villa, sekali gus menamatkan rekod tanpa kalah City sejak Ogos lalu.

City kini enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal dan akan meneruskan kempen mereka menentang pasukan tangga kedua Bournemouth hujung minggu ini.-AGENSI

 

Berikut merupakan keputusan penuh Liga Perdana Inggeris

Arsenal 1-0 Crystal Palace

Aston Villa 1-0 Manchester City

Bournemouth 2-0 Nottingham Forest

Wolves 2 -3 Burnley 3

Everton 0-3 Tottenham

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN