Aaron pilih ‘dilenjan’ dengan jadual padat

Aaron pilih ‘dilenjan’ dengan jadual padat

HARAPAN tinggi diletakkan kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengharumkan nama negar adi pentas antarabangsa.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 2 dunia, Aaron Chia lebih rela berdepan jadual padat dalam Jelajah Dunia BWF daripada kehilangan momentum di dalam gelanggang yang berisiko menjejaskan rentak permainannya.

Aaron yang berpasangan dengan Soh Wooi Yik berkata, walaupun dia kini sudah berusia 28 tahun, dia lebih gemar menyertai banyak pertandingan kerana penting untuknya menyesuaikan diri dengan permainan di dalam gelanggang.

“Semasa dalam pertandingan perasaan itu tak sama ketika latihan. Dalam latihan, walaupun anda bagi 100, 200 peratus, tetapi dekat pertandingan kadang-kadang kita hanya dapat bagi 50 peratus.

“Sebab dekat dalam gelanggang, anda akan berasa gementar, jadi, untuk mengatasi perasaan itu terutama ketika lawan berada pada prestasi terbaik, lebih banyak bermain dalam sesebuah kejohanan lebih bagus.

“Bukan bermakna saya tak mahu menang, tetapi, bagi saya menang dan kalah itu perkara kedua, yang penting saya main dalam pertandingan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, semalam.

Bagaimanapun, seiring dengan peningkatan usianya, Aaron berkata, lama-kelamaan dia perlu juga ‘menapis’ kejohanan yang disertai menuju ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat nanti.

Katanya, masih ada tiga tahun lagi sebelum Sukan Olimpik, jadi, bermula 2027 fokusnya untuk mengutip mata terlebih dahulu bagi melayakkan diri ke temasya berprestij itu.

“Jadi tahun ini dan 2026 saya akan sertai banyak kejohanan dan pada 2027, kita akan mengurangkan secara perlahan-lahan kejohanan yang saya sertai dengan memilih pertandingan yang penting untuk kelayakan Olimpik,” katanya.

Anak jati Melaka itu berkata, dia masih belum berasakan dirinya berada pada tahap terbaik selagi pingat emas Sukan Olimpik masih belum berada di dalam genggamannya.

“Saya pernah menang Kejuaraan Dunia, tetapi ada temasya yang saya masih belum menang pingat emas seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan saya juga mengimpikan Jelajah Dunia Akhir yang masih belum dapat kami capai,” katanya yang merangkul pingat perak pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan gangsa di Sukan Olimpik 2024, Paris.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN