Verstappen yakin takluk GP Itali

Verstappen yakin takluk GP Itali

MAX Verstappen mahu melakar kejayaan di GP Itali.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Max Verstappen memberi bayangan Red Bull kembali garang di Monza selepas menunjukkan prestasi kompetitif pada sesi latihan menjelang Grand Prix (GP) Itali, malam ini.

Juara dunia empat kali itu menamatkan sesi pertama di tempat keempat dan keenam di sesi kedua, hanya dibezakan 0.199 saat (s) dengan catatan terpantas yang dilakar Lando Norris.

“Ianya agak baik, tahun lalu kami hadapi hujung minggu sukar tetapi kali ini nampak lebih kompetitif.

“Saya juga lebih gembira dengan kereta, walaupun sesi agak mencabar dengan kerikil atas trek, namun keseluruhannya ia Jumaat yang baik,” kata Verstappen.

Kata-kata itu dianggap sebagai amaran awal bahawa Verstappen tidak boleh dipandang ringan walaupun berdepan cabaran sengit di kelompok 10 terbaik.

Dalam pada itu, penganalisis Formula Satu (F1), Jamie Chadwick juga menegaskan sukar untuk menolak potensi bintang Red Bull itu di Monza.

“Saya tidak pernah fikir anda boleh menolak Max tidak kira apa keadaan sekali pun.

“Dia kelihatan optimis dan kurang kecewa berbanding kebiasaannya, jadi saya fikir dia masih berpeluang mencabar minggu ini,” kata Chadwick.

Ketika ini pemandu McLaren berada di kedudukan pertama dan kedua carta pelumba dengan Oscar Piastri mengutip 309 mata, manakala Lando Norris mengumpul 275 mata.

Verstappen di kedudukan ketiga dengan 205 mata dan George Russell di ranking keempat dengan 184 mata mengatasi Charles Leclerc yang mengutip 151 mata di tangga kelima.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN