Status Shah Firdaus ke Sukan SEA jadi tanda tanya

Status Shah Firdaus ke Sukan SEA jadi tanda tanya

Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status penyertaan jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ke Sukan SEA 2025 menjadi tanda tanya selepas kecederaan lutut kanannya belum pulih sepenuhnya.

Pelumba berusia 30 tahun itu terpaksa melupakan Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Santiago, Chile pada bulan depan kerana masih belum dibenarkan menjalani latihan berintensiti tinggi.

Pengarah teknikal kebangsaan, John Beasley sebelum ini mendedahkan pelumba kelahiran Muar, Johor perlu berehat sehingga sehingga Februari depan bagi memastikan kecederaan benar-benar sembuh.

Ketua jurulatih kebangsaan, Harnizam Basri bagaimanapun menegaskan perancangan tersebut hanya sebagai langkah awal dan tidak menutup peluang Shah untuk kembali beraksi lebih awal.

“Itu perancangan asal sahaja. Tetapi kalau kecederaan dia sudah pulih sebelum Sukan SEA, kita akan gunakan dia.

“Kejohanan Dunia memang sah dia tidak pergi, tetapi untuk Sukan SEA masih ada masa 16 minggu. Dia masih berlatih seperti biasa, cuma latihan berintensiti tinggi belum boleh dilakukan,” kata Harnizam kepada Utusan Malaysia.

Pelumba kelahiran Muar itu berdepan kecederaan lutut kanan ketika persiapan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai, Negeri Sembilan pada Februari lalu sebelum kecederaan sama berulang ketika meraih emas acara keirin pada siri Piala Negara UCI di Konya, Turkiye, Mac lalu.

Biarpun sempat menyertai siri perlumbaan di Jerman Jun lalu selama sebulan sebagai persiapan Kejohanan Dunia, tahap kecergasan Shah jelas terjejas sehingga memaksa kem kebangsaan menggugurkan namanya ke Santiago.

“Tidak ada gunanya dia menaiki kapal terbang 30 jam pergi balik tetapi tidak mampu memberi 100 peratus. Lebih baik kita tarik diri dan fokus kepada rawatan kecederaannya,” kata Harnizam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN