Speedy Tigers bermandi peluh kalahkan China

Speedy Tigers bermandi peluh kalahkan China

AKSI pemain hoki negara, Syed Syafiq Syed Cholan (kanan) diasak pemain China dalam aksi Super 4 Piala Asia di India, hari ini. - Ihsan Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan dipaksa bekerja keras sebelum memastikan kemenangan 2-0 ke atas China dalam aksi Super 4 Piala Asia 2025 di Stadium Hoki Bihar, India, hari ini.

Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan menerusi pukulan sudut penalti Syed Syafiq Syed Cholan pada minit ke-45 sebelum penyerang negara, Akhimullah Anuar Esook meledak gol kedua dua minit kemudian.

Pintu gawang Speedy Tigers dijaga dengan kemas oleh benteng pertahanan berikutan China menerima empat pukulan sudut penalti namun semuanya gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Malaysia berdepan cabaran sebenar apabila dijadual menentang India, esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN