LONDON: Jurulatih Notthingham Forest, Ange Postecoglou percaya masa yang mengujakan menanti pasukan baharunya itu apabila dia berhasrat menamatkan penantian 35 tahun kelab itu untuk merangkul trofi utama.
Postecoglou menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat pada Selasa lalu selepas jurulatih dari Portugal itu bertelagah dengan pemilik Forest, Evangelos Marinakis.
“Saya suka menang. Itulah yang saya lakukan. Saya dapat merasakan bahawa kelab ini mahukan lebih dan itu juga yang saya mahukan, jadi saya rasa ini adalah masa yang sangat mengujakan.
“Saya berasa bangga dan rendah diri, tetapi yang lebih penting, saya berazam untuk memastikan kelab bola sepak ini kembali ke tempat asalnya yang layak,” katanya.
Postecoglou membimbing Tottenham menjuarai Liga Europa musim lalu, menamatkan kemarau 17 tahun kelab itu tanpa sebarang trofi.
Namun, dia tetap dipecat beberapa hari kemudian selepas mengharungi musim yang buruk dalam kempen liga apabila Spurs menamatkan saingan di tangga ke-17. – AFP