Pogacar pertahan gelaran dunia

Pogacar pertahan gelaran dunia

Tadej Pogacar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIGALI: Tadej Pogacar dari Slovenia mempertahankan gelaran juara dunia lebuh raya dengan kayuhan solo sejauh 66 kilometer (km) pada Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Dunia 2025 di Kigali, Rwanda, semalam.

Aksi penuh dramatik itu menyaksikan juara dunia berusia 27 tahun itu sekali lagi membuktikan statusnya sebagai pelumba terhebat generasi ini.

“Saya dipenuhi dengan rasa gembira yang sukar digambarkan. Ianya bukan rancangan asal untuk menyerang sejauh itu, rakan sepasukan cuba menahan saya tetapi saya rasa cukup bertenaga,” kata Pogacar.

Pogacar menamatkan perlumbaan 1 minit 28 saat (s) di hadapan juara Olimpik, Remco Evenepoel dari Belgium yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

“Saya tidak datang ke sini untuk pingat perak, saya mahu emas tetapi takdir menentukan sebaliknya,” kata Evenepoel.

Pelumba Ireland, Ben Healy menampilkan kayuhan penuh bersemangat untuk meraih gangsa selepas menamatkan perlumbaan dengan jarak 2:16s di belakang juara bertahan.

Kejohanan dunia di Kigali mencatat sejarah apabila hampir sejuta penonton membanjiri laluan perlumbaan yang berlangsung di altitud 1,500 meter (m) dari paras laut.

Pogacar melengkapkan musim gemilangnya selepas menjulang Tour de France, dua Monumen klasik dan kini muncul pilihan utama untuk menambah koleksi di Tour of Lombardy. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN