Piala FA: Selangor berpesta gol, belasah MUFT 9-0

Piala FA: Selangor berpesta gol, belasah MUFT 9-0

PEMAIN Tengah Selangor, Nooa Laine diasak pemain Malaysian University pada perlawanan kedua Pusingan 16 Piala FA, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berpesta gol apabila membelasah Malaysian University Football Team (MUFT) 9-0 pada aksi kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Pada aksi itu, anak buah Kinoshi katsuhito tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Kevin Deeromram menanduk masuk sepakan penjuru pada minit ke-12.

Rentak garang itu diteruskan sembilan minit kemudian apabila Quentin Cheng menampan mudah bola ke gawang gol selepas menerima hantaran lintang menjadikan kedudukan 2-0.

Sebelum wisel rehat, Chigor Moraes membuktikan ketajamannya di depan gol apabila menanduk masuk gol ketiga untuk Selangor mendahului 3-0 menuju ke bilik persalinan.

Separuh masa kedua menyaksikan pesta gol Selangor diteruskan apabila Deeromram sekali lagi merobek benteng MUFT menerusi percubaan jarak jauhnya menewaskan penjaga gol, Muhammad Ashraf Mohamad Fadhil pada minit ke-48.

Tidak cukup dengan itu, giliran Alvin Fortes meledak menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-55 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Selangor terus garang apabila pemain gantian, Zach Clough menghukum kesilapan benteng MUFT pada minit ke-70 sebelum Moraes menambah dua lagi gol pada minit ke-76 dan m-80 untuk melengkapkan hatrik.

Ahmad Zikri Mohd Khalili memastikan malam gemilang Selangor lengkap dengan jaringan pada masa kecederaan.

Kemenangan bergaya itu memastikan Selangor mara ke suku akhir dengan agregat 12-1, mengesahkan status mereka sebagai pencabar utama Piala FA musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN