Marquez pilih strategi selamat

Marquez pilih strategi selamat

Marc Marquez ketika sesi latihan di Litar Catalunya sempena GP Sepanyol, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Marc Marquez menukar nada daripada dominasi mutlak kepada pendekatan taktikal apabila mengakui sasaran utamanya di Catalunya hanyalah kekal di kelompok hadapan pada Grand Prix (GP) Sepanyol, malam ini.

Pelumba tuan rumah itu menamatkan sesi latihan, semalam di tempat keempat di belakang Brad Binder, Pedro Acosta dan adiknya, Alex Marquez.

“Di litar seperti ini, yang bukan kegemaran saya, matlamatnya adalah untuk kekal bersama kumpulan depan.

“Perlumbaan di sini akan sangat panjang, tetapi percubaan masa hari ini berjalan baik dan itu penting,” kata Marquez.

Pendekatan itu menunjukkan Marquez lebih fokus pada konsistensi berbanding risiko, apatah lagi masih mendahului kejuaraan dengan kelebihan 175 mata.

Ducati dijangka melakukan pelarasan kecil bagi membantunya lebih stabil di selekoh kanan laju yang sering menjadi kelemahannya.

“Pasukan akan bantu saya buat sedikit pelarasan untuk lebih stabil di bahagian laju, itu akan beri saya konsistensi.

“Saya tahu persaingan di sini sukar, tapi saya tetap yakin mampu bawa pulang mata penting untuk kejuaraan,” katanya.

Sementara itu, rakan sepasukan Francesco Bagnaia terus tenggelam di Barcelona apabila sekadar di tempat ke-21 pada sesi Latihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN