Marquez juara dunia MotoGP 2025

Marquez juara dunia MotoGP 2025

AKSI pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang diekori rapat rakan sepasukannya, Marc Marquez sebelum menjuarai Grand Prix Jepun hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTEGI: Pelumba Ducati, Marc Marquez memenangi kejuaraan dunia MotoGP buat kali ketujuh di Grand Prix (GP) Jepun, hari ini.

Marquez mencatat 11 kemenangan GP dan 14 perlumbaan pecut pada musim pertamanya bersama Ducati merangkul gelaran dunia buat kali pertama sejak 2019 selepas menamatkan saingan GP Jepun di tempat kedua di belakang rakan sepasukan, Francesco Bagnaia.

Bagnaia mengharungi hujung minggu yang sempurna apabila meraih petak utama, melakar kemenangan pecut dan GP di Motegi.

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Honda, Joan Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN