Machida Zelvia idam kejutkan JDT

Machida Zelvia idam kejutkan JDT

KETUA Jurulatih Machida Zelvia FC, Go Kuroda pada sidang media menjelang Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri disini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali FC Machida Zelvia, Go Kuroda mahu mempersembah gaya permainan tersendiri kelab itu dalam penampilan pertama dalam saingan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.

Kuroda, 55, berkata, walaupun hadir sebagai pendatang baharu, Zelvia mahu menjadi pencabar dan melihat sejauh mana kelab Jepun itu mampu melangkah dalam kejohanan peringkat antarabangsa itu.

“Ini adalah pertama kali Machida Zelvia berentap dalam ACLE dan kami teruja untuk bersaing dalam kejohanan terbesar di rantau ini. Kami menjangkakan pertembungan sengit memandangkan ini aksi pertama di tempat lawan.

“Bagaimanapun, sudah menjadi fokus kami untuk menunjukkan gaya permainan kami di mata dunia, kami tidak akan mengubah gaya permainan dan mahu buktikan kemampuan Machida,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Ditanya mengenai tiga pemain JDT yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Kuroda berkata, situasi itu tidak memberi kesan langsung kepada persiapan pasukan mereka.

Kata bekas guru Aomori Yamada High School itu, misi pasukannya telah untuk memburu tiga mata pertama setelah sekadar seri 1-1 pada aksi pembukaan menentang kelab Korea Selatan, FC Seoul, 16 September lalu.

“Kami maklum mengenai penggantungan pemain JDT itu dan bersimpati dengan nasib mereka dan kami juga ada juga pemain tidak dapat diturunkan seperti Neta Lavi yang dibelenggu kecederaan.

“Bagaimanapun, situasi dialami skuad Harimau Selatan itu tidak akan menguntungkan kami setelah ia tidak mengubah perancangan kami,” ujarnya.

Tambahnya, ada beberapa pemain turut berada pemerhatian seperti Yuki Soma dan Shota Fujio yang direhatkan dalam perlawanan Liga Jepun yang lalu ketika menang 1-0 Fagiano Okayama.

“Kita akan meninjau keadaan mereka dalam masa sama meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pemain yang akan diturunkan dengan menunjukkan komitmen tinggi, kami mahu pastikan misi memburu tiga mata tercapai,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN