Kuching City sudah berbeza- Yusri

Kuching City sudah berbeza- Yusri

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Imigresen FC, Yusri Che Lah mengakui pasukan Kuching City pada musim ini berbeza dan perubahan besar telah berjaya dilakukan jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak.

Jelasnya, faktor pengalaman menjadi perbezaan antara anak buahnya dengan barisan pemain Kuching City selepas mereka tewas 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, semalam.

Bekas pemain kebangsaan itu, turut tidak menjangkakan skuad kendaliannya akan dihukum dengan jaringan seperti ini, meskipun beraksi dengan barisan pemain yang sudah memberikan komitmen terbaik.

“Cuma mungkin kekurangan pengalaman dengan permainan ataupun situasi-situasi yang tegang terutama bertemu dengan pasukan yang saya boleh katakan, Kuching hari ini bukan Kuching yang dahulu di bawah kendalian Aidil, mempunyai pemain-pemain yang berkualiti.

“Kami kalah malam ini dan kita juga tidak menjangkakan jaringan yang agak besar kerana ini perlawanan yang kita lepaskan dengan jaringan yang terbesar setakat ini,” kata Yusri.

Tambah Yusri, Imigresen FC hadir tanpa skuad terbaik namun enggan menjadikan ia satu alasan kerana pemain yang diturunkan masih memperlihatkan sumbangan terutama pada awal permainan.

Sementara itu, Aidil mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa susulan kejayaan mengekalkan rentak tiga kemenangan berturut-turut setakat ini.

“Kredit kepada semua pemain kerana berjaya mendapatkan keputusan baik pada perlawanan ini. Pada babak pertama kita bermula agak perlahan, saya rasa mungkin atas faktor keletihan selepas berdepan Selangor.

“Namun selepas kita dapat momentum selepas 25-30 minit dan mendapatkan gol, kita mula mendapatkan keyakinan. Babak kedua kita melakukan beberapa pertukaran dan ia membuahkan hasil,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN