JDT buru kemenangan pertama ACLE

JDT buru kemenangan pertama ACLE

KETUA Jurulatih JDT Xisco Munoz bersama pemain Shane Lowry pada sidang media menjelang Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang kelab dari Jepun Machida Zelvia FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri disini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry bertekad untuk memastikan skuad Harimau Selatan mampu meraih kemenangan pertama dalam Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang FC Machida Zelvia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Pemain kelahiran Australia itu berkata, kemenangan tersebut itu sedikit sebanyak dapat mengubati kekecewaan Harimau Selatan yang tewas 1-2 kepada Buriram United pada aksi pertama ACLE, 16 September lalu.

Katanya, ‘mood’ kem Harimau Selatan dalam keadaan positif setelah kesemua pemain memberikan yang terbaik dan mempamer komitmen tinggi untuk mengejutkan pasukan lawan.

“Kita tahu ia akan menjadi pertemuan yang sukar setelah mana-mana pasukan dari Liga 1 Jepun yang beraksi di kejohanan tertinggi Asia ini cukup berkaliber dan mempunyai pemain berkualiti.

“Namun, JDT juga ada kelebihan dengan beraksi di laman sendiri, sokongan penonton yang memenuhi stadium akan membakar semangat juang Harimau Selatan bagi memburu kemenangan,” ujarnya.

Sementara itu, Yuta Nakayama turut bercita-cita untuk memastikan pasukan tidak pulang dengan tangan kosong setelah sekadar 1-1 pada aksi pembukaan ACLE menentang kelab Korea Selatan, FC Seoul.

Pemain pertahanan FC Machida Zelvia itu menyuarakan rasa teruja untuk berdepan JDT di dalam stadium yang berkelas dunia.

Tambahnya, kemenangan dalam aksi domestik ketika menewaskan Fagiano Okayama 1-0 membakar semangat pemain bagi meneruskan momentum kemenangan itu.

“Ini adalah perlawanan pertama kami di tempat lawan dan bersedia untuk mengecewakan pasukan tuan rumah. Kami akan pamer gaya permainan Machida yang berbeza dengan kelab Jepun yang lain bagi memastikan misi membawa pulang tiga mata tercapai.

“Perlawanan liga domestik berbeza dengan ACLE, kami hanya menang satu dari empat perlawanan Liga, harapnya kemenangan itu menyuntik semangat kami untuk melakar kemenangan ketika berdepan JDT,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN