SEREMBAN: Isu kelewatan pembayaran insentif tunai RM60,000 kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, selesai selepas Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menetapkan tarikh penyaluran dalam masa terdekat. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, beliau telah menerima penjelasan daripada MPM berhubung perkara itu dan mengesahkan ganjaran berkenaan akan disalurkan. “Saya difahamkan memang Cheah Liek Hou ada membuat hantaran mengenai insentif Paralimpik yang belum ditunaikan. MPM sudah memberi penjelasan dan bayaran…