Hon Jian-Haikal, Justin terkandas di pusingan kedua

Hon Jian-Haikal, Justin terkandas di pusingan kedua

JUSTIN HOH - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia dalam saingan beregu dan perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea berakhir selepas Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Justin Hoh tunduk kepada pencabar masing-masing di Suwon, Korea Selatan, hari ini.

Pada perlawanan peringkat 16 terbaik itu, Hon Jian-Haikal yang menghuni ranking ke-47 dunia tumpas di tangan beregu No. 11 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 17-21, 11-21 hanya dalam 36 minit di Gimnasium Suwon.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan lelaki pula, Justin yang berada di ranking ke-37 dunia tewas straight set kepada jaguh No. 2 dunia, Anders Antonsen dari Denmark 17-21, 11-21 dalam masa 41 minit.

Kekalahan Hon Jian-Haikal dan Justin itu menyaksikan perjuangan Malaysia kini hanya diteruskan oleh dua beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang telahpun mara ke suku akhir.

Rata-rata pemain utama Malaysia mengambil keputusan untuk mengetepikan Terbuka Korea dan sebaliknya mengalihkan fokus mereka pada Jelajah Eropah yang bermula bulan depan.

Juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang dijadualkan beraksi pada Terbuka Korea mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir selepas kecederaan belakang menimpa Ee Wei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN