Forest pecat Nuno selepas tiga aksi EPL

Forest pecat Nuno selepas tiga aksi EPL

NUNO ESPIRITO SANTO - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nuno Espirito Santo akhirnya menjadi korban awal kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Nottingham Forest mengumumkan pemecatannya semalam hanya selepas tiga perlawanan musim baharu

Jurulatih dari Portugal itu sebelum ini membawa Forest melakar sejarah kembali ke pentas Eropah musim lalu, namun hubungannya dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis, dilaporkan semakin tegang sejak pra-musim.

Nuno secara terbuka mengkritik dasar perpindahan kelab dan mengakui hubungannya dengan Marinakis ‘tidak seperti dahulu’. 

Ketegangan itu dikatakan memuncak apabila Forest tunduk 0-3 di tangan West Ham di City Ground sebelum rehat antarabangsa.

Dalam kenyataan rasmi, kelab itu merakam penghargaan terhadap sumbangan Nuno, khususnya kejayaan membawa Forest ke Eropah buat kali pertama abad ini.

“Dia akan sentiasa dikenang sebagai individu penting dalam kejayaan musim lalu,” kata kenyataan itu.

Forest kini sedang memburu pengendali baharu dengan bekas jurulatih Tottenham, Ange Postecoglou disebut sebagai calon utama. Nama besar lain seperti Jose Mourinho, Marco Silva (Fulham) dan Ernesto Valverde (Athletic Bilbao) turut dikaitkan.

Nuno menyertai Forest pada Disember 2023, namun hanya bertahan sembilan bulan sebelum hubungan dingin dengan pengurusan kelab memakan dirinya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN