Farah Ann dilantik Ketua Kontinjen ke Sukan Remaja Asia ke-3

Farah Ann dilantik Ketua Kontinjen ke Sukan Remaja Asia ke-3

FARAH Ann Abdul Hadi diberi penghormatan apabila dilantik sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Remaja Asia ke-3 di Bahrain pada 22 hingga 31 Oktober ini. - Ihsan MOM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini mengumumkan pelantikan bekas gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Remaja Asia ke-3 yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Oktober 2025 di Manama, Bahrain.

MOM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut dibuat dengan kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam usaha mengentengahkan bakat kepimpinan muda, dinamik dan berwibawa untuk membimbing atlet-atlet remaja di pentas antarabangsa.

“MOM yakin Farah Ann memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada kontinjen negara untuk beraksi dengan cemerlang dalam Sukan Remaja Asia ke-3 di Bahrain.

“Dengan kepimpinan yang terbukti, kerjaya yang menjadi inspirasi dan dedikasi terhadap kecemerlangan, MOM yakin Farah Ann akan menjadi contoh teladan yang terbaik kepada atlet negara pada temasya itu nanti,” katanya.

Sepanjang kariernya, Farah Ann telah meraih 12 pingat di Sukan SEA, tujuh emas, dua perak dan tiga gangsa dalam empat edisi dari 2011 hingga 2019.

Kejayaan paling menyerlahnya adalah di Sukan SEA 2019 apabila membawa pulang tiga emas.

Farah Ann turut beraksi di Sukan Komanwel pada edisi 2010, 2014 dan 2018 sertai Sukan Asia pada 2014 dan 2018 malah kariernya berada di tahap kemuncak selepas layak ke Sukan Olimpik 2020, menjadikannya gimnas keempat negara beraksi di temasya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN