Dversnes calon Jersi Hijau LTdL 2025

Dversnes calon Jersi Hijau LTdL 2025

FREDRIK Dversnes berpotensi besar menjadi calon utama juara keseluruhan (GC) LTdL 2025.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketiadaan jaguh pecut Belanda, Fabio Jakobsen tidak menjejaskan aura sengit Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, sebaliknya membuka ruang kepada nama baharu untuk menyerlah.

Tumpuan kini terarah kepada bintang pasukan Uno-X Mobility, Fredrik Dversnes yang dilihat berpotensi besar menjadi calon utama juara keseluruhan (GC) edisi ke-29 perlumbaan berstatus UCI ProSeries itu.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2025, Emir Abdul Jalal mengakui reputasi pelumba Norway berusia 27 tahun itu tidak boleh dipandang ringan selepas melakar kejutan menewaskan Mathieu Van Der Poel (Alpecin-Deceuninck) dan Thomas Pidcock (Q36.5 Pro Cycling) pada peringkat kelima Tirreno-Adriatico, Itali baru-baru ini.

“Dversnes baru sahaja mencatat kemenangan berprestij dalam perlumbaan World Tour. Dengan menewaskan nama besar seperti Van Der Poel dan Pidcock, beliau memang layak digelar calon utama untuk rebut jersi hijau,” kata Emir.

Selain Dversnes, rakan sepasukan beliau, Magnus Cort juga dijangka mencuri perhatian dengan rekod gemilang pernah menjuarai peringkat di Tour de France, Giro d’Italia dan Vuelta a Espana.

Dalam masa sama, Emir menaruh harapan kepada pasukan tempatan, Terengganu Cycling Team (TSG) yang menurunkan Mathias Bregnhoj dan Adne van Engelen sebagai taruhan terbaik memburu podium GC.

“Bregnhoj kini berada dalam prestasi cemerlang selepas memenangi Tour of Turkey, manakala Van Engelen pula memiliki tiga gelaran GC di Asia tahun lalu. TSG memang serius mahu cabar pelumba handalan dunia,” ujarnya.

LTdL 2025 yang berlangsung di lapan peringkat dijangka terus mengukuhkan statusnya sebagai perlumbaan berbasikal terbesar di Asia.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN