Dembele menang anugerah Ballon d'Or

Dembele menang anugerah Ballon d’Or

OUSMANE Dembele tidak dapat menahan sebak selepas dinobatkan sebagai pemenang Ballon d'Or di Paris semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele memenangi anugerah Ballon d’Or semalam selepas kejayaannya membantu kelab Perancis itu menjuarai Liga Juara-Juara musim lalu, manakala kategori wanita dimenangi pemain Sepanyol, Aitana Bonmati buat tahun ketiga berturut-turut.

OUSMANE Dembele dan Aitana Bonmati bergambar bersama trofi masing-masing selepas dinobatkan pemenang Ballon d’Or di Paris, semalam. – AFP

Dembele, mengatasi bintang muda Barcelona, Lamine Yamal untuk menggantikan pemain tengah Manchester City dan Sepanyol, Rodri yang memenangi trofi tersebut pada tahun lalu 2024.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan sebahagian daripada pasukan Perancis yang memenangi Piala Dunia 2018, menjaringkan 35 gol dalam semua kejohanan ketika PSG merangkul kejuaraan liga dan Piala Perancis serta menjuarai Liga Juara-Juara.

“Saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa. Ia adalah musim yang luar biasa bersama PSG,” kata Dembele yang sebak di atas pentas di Theatre du Chatelet di tengah-tengah kota Paris.

Dembele turut berkata bahawa jurulatihnya, Luis Enrique yang memenangi anugerah jurulatih kelab terbaik tahun ini dianggap seperti seorang bapa buat dirinya.

“Ini adalah trofi individu tetapi sebenarnya pasukan secara keseluruhan yang memenanginya.

“Ballon d’Or bukanlah matlamat utama saya dalam kerjaya tetapi saya bekerja keras untuk membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara,” kata Dembele.

Sementara itu, Bonmati yang diturut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan Eropah (Euro) 2025 berkata dia mendedikasikan kejayaannya itu kepada pasukannya.

“Saya sangat bangga. Saya rasa saya berada di sini untuk kali ketiga berturut-turut kerana pasukan yang saya sertai, jadi semua ini adalah kerana mereka,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN