LONDON: Kedudukan Ruben Amorim dalam bahaya selepas Manchester United tumbang 1-3 kepada Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.
Aksi serba tidak menjadi buat The Red Devils selepas kapten, Bruno Fernandes gagal menyempurnakan sepakan penalti selain Bryan Mbeumo tidak menyerlah ketika berdepan bekas kelabnya.
Dalam aksi itu, Igor Thiago meledak dua gol buat tuan rumah dengan pembukaannya hadir seawal minit kelapan selepas menerima hantaran Jordan Henderson sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil bola muntah daripada tampanan Altay Bayindir.
Berselang enam minit kemudian, United merapatkan jurang menerusi Benjamin Sesko yang menyudahkan peluang selepas percubaan awalnya dihalang pertahanan lawan.
Namun, kebangkitan Red Devils tersekat apabila penalti Fernandes pada minit ke-76 berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Brentford, Caoimhin Kelleher.
Pada minit-minit terkahir perlawanan Mathias Jensen mematikan sisa-sisa perjuangan United apabila meledak untuk melengkakan kemennagan 3-1 Brentford.
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Amorim terus bergelut, apabila sudah tewas tiga kali dalam saingan liga musim ini.-AGENSI