Aaron-Wooi Yik akui prestasi merosot

Aaron-Wooi Yik akui prestasi merosot

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kandas di separuh akhir Kejohanan Badminton China Masters di Shenzhen, China, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui mereka tidak berada pada prestasi sebenar dan ia menjadi punca kegagalan pada separuh akhir Kejohanan Badminton China Masters di Shenzhen, China, kelmarin.

Wooi Yik berkata, dia dan Aaron sedang berusaha keras untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka.

“Saya rasa sudah ada kemajuan, tetapi, kami akan terus berusaha sehingga dapat kembali rentak kami. Kami sebenarnya bekerja keras, hari ini (kelmarin),” katanya sewaktu ditemu bual oleh wakil Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas perlawanan berakhir, kelmarin.

Pasangan No. 1 negara itu tumpas straight set kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 17-21, 14-21 dalam masa 41 minit.

Menurut Wooi Yik, permainan mereka serba tidak menjadi terutama sewaktu set kedua dan situasi itu menuntut mereka untuk belajar daripada kesilapan.

Sementara itu, Aaron pula berkata, satu-satunya perkara positif yang berlaku pada separuh akhir itu ialah mereka tidak ditimpa sebarang kecederaan.

Sememangnya diakui prestasi Aaron-Wooi Yik ada peningkatan pada China Masters apabila berjaya melangkah sejauh separuh akhir berbanding tersingkir di pusingan awal pada Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.

Tetapi, menyaksikan persembahan yang dipamerkan sewaktu berdepan Rankireddy-Shetty yang menghuni ranking No. 7 dunia, Aaron-Wooi Yik terlalu kerap melakukan kesilapan sendiri sehingga memberi mata mudah kepada lawan.

Aaron-Wooi Yik yang memilih tidak menyertai Terbuka Korea pada 23-28 September ini, perlu segera mendapatkan kembali rentak sebenar permainan mereka sebelum Jelajah Dunia Akhir yang akan berlangsung, Disember ini sebagai kejohanan penutup bagi musim 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN