Terbuka Malaysia peluang Umar kembali bangkit

Terbuka Malaysia peluang Umar kembali bangkit

UMAR Osman memberi keceriaan kepada kem olahraga dengan memecah rekod kebangsaan berusia 22 tahun ketika memenangi pingat emas 400 meter lelaki di Sukan SEA Kemboja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Terbuka Malaysia menjadi pentas terbaik buat jaguh 400 meter (m) negara, Umar Osman untuk kembali menyerlah selepas mempamerkan aksi tidak konsisten sejak kebelakangan ini.

Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil,berkata, beliau sentiasa berhubung dengan jurulatih peribadi Umar, Simon Lau, bagi memantau perkembangan terkini atlet berusia 20 tahun itu.

“Latihan Umar berjalan seperti biasa, cuma dia memerlukan beberapa penyertaan pertandingan untuk mengembalikan rentak terbaiknya.

“Insya-Allah, dia akan beraksi di Terbuka Malaysia dan kita akan lihat di mana tahap prestasinya ketika itu,” katanya selepas Mesyuarat Pemilihan atlet Sukan SEA ke-33.

Beliau memaklumkan, perancangan kejohanan untuk Umar telah disusun oleh Simon termasuk penyertaan di Terbuka Malaysia, Terbuka India serta beberapa kejohanan peringkat antarabangsa lain tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Manshahar mengesahkan empat pelari maraton disenaraikan dalam senarai panjang ke Sukan SEA 2025, namun hanya seorang akan mewakili negara di bawah kategori B.

“MOM hanya membenarkan satu nama bagi kategori B. Bagaimanapun, semua empat pelari itu diberi peluang beraksi di Standard Chartered KL Marathon pada 1 Oktober dan yang terbaik akan dipilih,” jelasnya.

Katanya, sekiranya ada pelari yang mencapai kategori A, iaitu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa lebih baik daripada pemenang pingat gangsa Sukan SEA, penyertaan mereka akan disahkan secara automatik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN