Jangan ganggu Azeem buat keputusan

Jangan ganggu Azeem buat keputusan

MUHAMMAD Azeem Fahmi ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) menggesa semua pihak agar tidak memberi tekanan kepada jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berhubung status penyertaannya ke Sukan SEA 2025 Thailand.

Presiden MA, Datuk Karim Ibrahim berkata, pihaknya menerima apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh atlet berusia 21 tahun itu mengenai penyertaannya pada temasya tersebut.

Jelasnya lagi, bukan sesuatu perkara baharu kepada mana-mana atlet olahraga untuk tidak menyertai Sukan SEA kerana situasi seperti itu pernah berlaku namun tidak dihebohkan.

“Kita jangan memberi tekanan kepada Azeem. Ini bukan perkara yang baharu. Sebelum ini, ramai atlet sudah membuat sedemikian (tidak beraksi di Sukan SEA) selepas mereka mendapat biasiswa (daripada universiti masing-masing).

“Ada yang dapat sambung pengajian di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Itu prosedur daripada universiti apabila mereka ada peperiksaan dan sebagainya.

“Itu yang pelik. Ke mana perginya penganalisis sukan pada waktu itu? Kenapa Azeem baru nak heboh? Biarkan Azeem. Tolong jangan ganggu Azeem. Dia sudah matang untuk membuat keputusan terbaik demi masa depannya,” katanya.

Terdahulu, Azeem merupakan pelajar Universiti Auburn di AS mempertimbangkan untuk tidak menyertai Sukan SEA 2025 yang diadakan pada Disember depan memandangkan waktu tersebut merupakan tempoh off-season terbaik buat dirinya.

Azeem mendapat tajaan daripada Universiti Auburn selepas menduduki tempat kelima dalam 100m di Kejohanan Olahraga Dunia bawah 20 (B-20), Cali, Colombia pada 2022 masih belum memberi kata putus terhadap penampilannya di Sukan SEA 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN