Golf amal Piala Presiden PAKEMA 2025 dapat sambutan meriah

Golf amal Piala Presiden PEKEMA 2025 dapat sambutan meriah

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Kejohanan golf amal Piala Presiden PEKEMA 2025 di Palm Garden Golf Club di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejohanan golf amal Piala Presiden PEKEMA 2025 mendapat sambutan luar biasa apabila disertai hampir 500 peserta dari seluruh negara.

Edisi ke-11 kejohanan anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) itu berlangsung selama dua hari, bermula hari ini di Palm Garden Golf Club, di sini.

Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, sambutan luar biasa itu memberi petanda positif kepada program amal anjuran pihaknya.

Katanya, kejohanan tersebut bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi platform memperkukuh jaringan industri serta menyokong usaha kebajikan.

“Hampir 500 peserta menyertai kejohanan yang bermula hari ini, permainan berlangsung secara berperingkat selama dua hari dengan kemuncak ada penyampain hadiah esok.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof juga akan menyertai acara ini esok dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada sebelah malam.

“Melalui acara ini, kami menganggarkan sumbangan sebanyak RM235,000 akan disalurkan kepada golongan asnaf dan keluarga B40 yang memerlukan,” jelasnya.

Kejohanan kali ini turut menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM500,000, termasuk ganjaran hole-in-one berupa kereta elektrik dan wang tunai, menjadikannya antara kejohanan paling menarik dalam kalendar golf tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN