Future 8 Ultimate FG: Pilihan Neymar, Jack Grealish

Future 8 Ultimate FG: Pilihan Neymar, Jack Grealish

BINTANG Brazil menggayakan kasut bola jenama PUMA, Future 8 Ultimate FG.-IHSAN PUMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERGASI sukan dunia, PUMA, sekali lagi menggegarkan pasaran kasut bola sepak dunia dengan memperkenalkan model terbaharu, Future 8 Ultimate FG, yang disasarkan khusus buat pemain kreatif yang gemar mengawal rentak permainan di atas padang.

Model ini meneruskan legasi siri Future yang terkenal dengan fleksibiliti, kawalan bola dan keselesaan, namun kali ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi teknologi dan reka bentuk.

Antara ciri utama yang menjadi tumpuan ialah penggunaan teknologi Fuzionfit pada bahagian atas kasut.

Fabrik elastik empat arah ini membalut kaki pemain seperti ‘kulit kedua’, memastikan kestabilan dan keselesaan tanpa menghalang pergerakan lincah.

Rekaan ini turut diperkukuh dengan ‘3D Fuzionpods’ dan jaluran ‘Pwrtape’ bagi memberikan sokongan tambahan ketika melakukan pecutan atau perubahan arah secara mendadak.

Bagi meningkatkan kawalan bola, PUMA menyertakan lapisan ‘GripControl Pro’ pada bahagian permukaan kasut. Ia membantu pemain mengekalkan sentuhan yang kemas dan tepat, sama ada ketika melakukan hantaran jarak jauh mahupun menggelecek di ruang sempit.

Tapaknya pula menggunakan teknologi Flegility, dengan susunan stud berbentuk bulat yang direka untuk memberikan kelincahan 360 darjah. Ia membolehkan pemain membuat pusingan pantas serta gerakan mengejut untuk melepasi kawalan pertahanan lawan.

Dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar, PUMA menggunakan sekurang-kurangnya 20 peratus bahagian atas kasut ini diperbuat daripada bahan kitar semula dan ia satu langkah yang sejajar dengan trend industri sukan masa kini.

Reputasi Future 8 Ultimate FG semakin kukuh apabila ia menjadi pilihan beberapa bintang bola sepak dunia.

Antara nama besar yang dilihat memakai siri ini ialah Neymar Jr, Jack Grealish, James Maddison, Kai Havertz dan beberapa bintang dunia yang lain sekali gus membuktikan kredibiliti teknologi dan reka bentuknya.

Di Malaysia, kehadiran model ini dijangka menarik perhatian pemain profesional, semi pro dan juga pemain liga sosial yang mengutamakan prestasi serta gaya di padang.

Menurut PUMA Malaysia, Future 8 Ultimate FG ditawarkan pada harga berpatutan dan boleh didapati menerusi laman rasmi serta pengedar sah, dengan pilihan warna yang garang dan moden.

Dengan gabungan teknologi canggih, keselesaan maksimum dan inspirasi daripada pemain kelas dunia, Future 8 Ultimate FG dilihat sebagai pilihan yang mampu meningkatkan keyakinan dan prestasi pemain tempatan setiap kali melangkah ke padang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN