Cuaca tidak ganggu prestasi Swiatek

Cuaca tidak ganggu prestasi Swiatek

IGA Swiatek ketika beraksi pada pusingan 16 Terbuka Kanada di Montreal, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CINCINNATI: Juara Wimbledon, Iga Swiatek menyifatkan kemenangan pada pusingan kedua Terbuka Cincinnati sebagai bukti fokus dan konsistensinya semakin mantap.

Pemain pilihan ketiga itu menundukkan pemain Romania, Sorana Cirstea 6-4, 6-3 dalam masa 95 minit meskipun melakukan 33 kesilapan mudah, semalam.

Swiatek mengakui kemenangan ini memberi keyakinan besar menjelang perlawanan suku akhir yang dijangka lebih mencabar.

“Saya mahu bermain dengan lebih solid berbanding perlawanan sebelum ini. Saya gembira dengan tahap fokus dan konsistensi permainan saya.

“Ianya memang perlawanan yang baik. Keadaan juga tidak mudah kerana cuaca terlalu lembap, tetapi saya gembira kerana tidak membiarkan ia menjejaskan saya,” kata Swiatek.

Pemain No. 3 dunia itu kini memburu gelaran pertamanya di Cincinnati selepas beberapa kali terkandas pada peringkat awal sebelum ini.

Kemenangan ke atas Cirstea juga memperkukuh rekod Swiatek menentang lawan dari Romania itu yang sebelum ini memihak kepadanya.

Sementara itu, dalam saingan lelaki pemain Denmark Holger Rune mara selepas wakil tuan rumah, Frances Tiafoe menarik diri akibat kecederaan belakang ketika ketinggalan 6-4, 3-1. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN