Christopher jadi lembaga penasihat World Football Summit

Christopher jadi lembaga penasihat World Football Summit

Christopher (kiri) bersama Pengarah Urusan dan pengasas bersama WFS, Jan Alessie.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Christopher Raj bersedia menyumbang kepakaran selepas dilantik sebagai lembaga penasihat platform sukan antarabangsa, World Football Summit (WFS) pada 11 Ogos lepas.

Christopher berkata, peluang untuk berkhidmat dalam lembaga penasihat WFS, bersama individu berkaliber tinggi, adalah satu penghormatan besar buat dirinya.

“Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini. Sejak menyertai WFS pada edisi 2020 di Arab Saudi, saya telah melihat kekuatannya dalam menghimpunkan pemimpin yang membentuk bola sepak dunia.

“Saya berharap dapat menyumbangkan pengalaman saya dalam bola sepak Malaysia dan Asia, serta menyokong visi WFS untuk memajukan bola sepak di seluruh dunia,” katanya.

Christopher pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selain pernah menggalas tugas selaku pengurus skuad bawah 17 (B-17) negara.

Menurut, Pengarah Urusan dan pengasas bersama WFS, Jan Alessie berkata, pengalaman luas Christopher, selain memiliki rangkaian antarabangsa bakal menjadi aset buat WFS.

“Pengalaman luas beliau dalam media dan komunikasi bola sepak, daripada peranan bersama FAM, MFL dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) hingga penglibatan antarabangsa bersama FIFA (Persekutuan Bola Sepak Dunia), membawa perspektif global yang sebenar.

“Rangkaian hubungan dan pandangan beliau akan mengukuhkan lagi misi kami untuk membentuk masa depan sukan ini, serta merealisasikan bola sepak yang kita mahu dan bola sepak yang kita perlukan,” kata Alessie. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN