Real mara ke suku akhir, tewaskan Juventus 1-0

Real mara ke suku akhir, tewaskan Juventus 1-0

GONZALO Garcia muncul wira Real Madrid apabila meledak gol kemenangan ketika berdepan Juventus di pusingan 16 Piala Dunia Kelab.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Gonzalo Garcia muncul wira Real Madrid apabila jaringan tunggalnya ketika berdepan Juventus membawa gergasi Sepanyol itu ke suku akhir Piala Dunia Kelab.

Dalam aksi di Stadium Hard Rock, Real yang dikendalikan Xabi Alonso menang 1-0 dan bakal berdepan pemenang antara Borussia Dortmund dan Monterrey dalam satu lagi perlawanan pagi ini.

Kylian Mbappe turut beraksi dalam perlawanan menentang Juve apabila dimasukkan pada minit ke-68 untuk penampilan pertamanya di Piala Dunia Kelab selepas berdepan masalah kesihatan.

Juventus kendalian Igor Tudor, yang tewas 5-2 kepada Manchester City pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, bermula baik dan dapat mengimbangi permainan Real.

Bagaimanapun, Garcia akhirnya memecah kebuntuan selepas menanduk masuk hantaran Trent Alexander-Arnold untuk gol ketiganya dalam empat perlawanan di kejohanan ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN