Martin tetap milik Aprilia hingga musim 2026

Martin tetap milik Aprilia hingga musim 2026

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Assen, BELANDA: Bos Dorna, Carmelo Ezpeleta memberi amaran bahawa Jorge Martin tidak boleh menyertai mana-mana pasukan MotoGP bagi musim 2026 melainkan mendapat persetujuan bersama Aprilia atau mahkamah memutuskan memihak kepada pelumba Sepanyol itu.

Pengurus Martin, Albert Valera mendakwa semasa MotoGP Belanda pada minggu lalu, juara dunia bertahan itu bebas kontrak untuk tahun depan, selepas didakwa mengaktifkan klausa pelepasan dalam perjanjiannya bersama Aprilia.

“Dia benar-benar bebas, tersedia dan kita akan lihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dia mempunyai klausa dalam kontraknya, dia berhak untuk melaksanakan klausa itu dan dia telah pun melakukannya,” kata Valera kepada MotoGP.com.

Martin terlepas sembilan daripada sepuluh pusingan pertama dalam usahanya mempertahankan gelaran akibat pelbagai kecederaan. Klausa yang dipersoalkan dipercayai berkaitan dengan prestasi, tetapi kenyataan rasmi Aprilia mengenai perkara itu menegaskan:

“Kontrak antara Aprilia Racing dan Jorge Martín adalah sah dan masih berkuatkuasa dan oleh itu, ia mesti dihormati oleh kedua-dua pihak sehingga tarikh tamatnya (akhir 2026),” kata Aprilia.

Ezpeleta kini secara terbuka menyokong pendirian Aprilia apabila memberi amaran bahawa kejuaraan tidak akan membenarkan Martin menyertai pasukan lain melainkan terdapat penyelesaian undang-undang yang jelas.

“Jika kedua-dua pihak mempunyai niat dan mahu menamatkan kontrak, ia boleh dilakukan. Jika satu pihak mengatakan kontrak itu masih sah, hakim yang terkandung dalam kontrak tersebut perlu memutuskan siapa yang benar.

“Kami di Dorna tidak akan menerima kemasukan sesiapa ke dalam kejuaraan yang tidak menghormati syarat-syarat ini, sama ada satu persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak dan kontrak ditamatkan atau hakim perlu membuat keputusan,” kata Ezpeleta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN