Fluminense mara ke suku akhir Piala Kelab Dunia

Fluminense mara ke suku akhir Piala Kelab Dunia

PEMAIN Fluminense meraikan kejayaan mereka mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHARLOTTE: Fluminense mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab selepas berjaya menumpaskan Inter Milan 2-0 di pusingan 16 terbaik awal pagi tadi.

Tandukan German Cano memberikan Fluminense gol awal, sebelum pemain gantian Hercules memastikan kemenangan mereka ke atas kelab Itali itu.

Fluminense yang layak ke Piala Dunia Kelab hasil kejayaan menjuarai Copa Libertadores pada 2023, muncul kelab kedua Brazil mara ke kelompok lapan terbaik selepas Palmeiras terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir.

Diketuai oleh pertahanan tengah berusia 40 tahun, bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea, Thiago Silva, Fluminense kini akan ke Orlando bagi perlawanan menentang sama ada Manchester City atau Al-Hilal hujung minggu ini.

“Kami sedar mereka bukan lawan yang mudah. Kurang sebulan lalu mereka beraksi pada final Liga Juara-Juara, tetapi kami bermain dengan amat baik,” kata Silva.

Ia satu lagi kemenangan pasukan Brazil ke atas lawan ternama Eropah pada kejohanan di Amerika Syarikat (AS) itu, selepas Botafogo menewaskan PSG dan Flamengo mengatasi Chelsea di peringkat kumpulan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN