BASEL: England muncul juara Euro Wanita 2025 apabila menumpaskan Sepanyol 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Kejayaan itu bukan sahaja menyaksikan England mempertahankan kejuaraan yang imenenagi pad edisi lalu, tetaopi turut menebus kekecewaan selepas tumpas kepad lawan sama pada final Piala Dunia 2023.
Dalam aksi itu, Sepanyol seakan mengulangi kejayaan mereka di Sydney 2023 apabila mendominasi permainan di St Jakob-Park, Basel, dan mendahului menerusi tandukan Mariona Caldentey pada babak pertama.
Namun England tidak panik, sebelum ini juga ketinggalan kepada Sweden di suku akhir dan Itali di separuh akhir, sebelum bangkit merakam kemenangan.
Alessia Russo menanduk masuk gol penyamaan England pada minit ke-57 hasil hantaran silang Chloe Kelly, dan kedudukan kekal seimbang sehingga tamat masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Chloe Kelly, yang sekali lagi memberi impak dari bangku simpanan, menjaringkan penalti kemenangan untuk memastikan skuad bimbingan Sarina Wiegman menjulang piala di Basel.
Kemenangan ini sedikit sebanyak mengubati kekecewaan di final Piala Dunia 2023 dan mengukuhkan lagi kedudukan Wiegman sebagai jurulatih legenda.
Beliau kini memenangi tiga Kejohanan Eropah berturut-turut bersama Belanda pada tahun 2017 dan England pada tahun 2022 serta 2025. -AGENSI