Sidibe kembali sertai JDT

Sidibe kembali sertai JDT

zMOUSSA SIDIBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pemain sayap Mali, Moussa Sidibe kembali menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim depan.

Perpindahan pemain berusia 30 tahun itu diumumkan Harimau Selatan menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Sidibe bakal menyarung semula jersi merah biru selepas menyertai juara Liga Super 11 musim berturut-turut itu pada 2022.

“Selamat kembali Moussa Sidibe,” tulis hantaran di laman sosial rasmi kelab itu.

Ketika menyertai JDT pada 2022, Sidibe pernah dipinjamkan kepada kelab Thailand, Ratchaburi pada 2023.

Pemain Mali itu kemudiannya meninggalkan Harimau Selatan dan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo pada tahun yang sama.

Dalam tempoh dua tahun bersama Persis, Sidibe menjadi watak penting apabila membantu pasukan untuk kekal beraksi di Liga 1 Indonesia pada musim depan.

Sidibe menjadi muka baharu ditandatangani JDT selepas mendapatkan khidmat Ibrahim Manusi, Jon Irazabal, Hector Hevel, Jairo da Silva dan Antonio Glauder.

JDT tampak belum selesai dalam urusan perpindahan pemain setelah dikatakan akan membawa masuk lagi pemain import dalam masa terdekat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN