Saya sedia beri segala-galanya demi Malaysia- Garces

Saya sedia beri segala-galanya demi Malaysia kata Garces pemain warisan dari Argentina

FACUNDO GARCES
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain warisan baharu Harimau Malaya, Facundo Garcés menganggap pemilihannya dalam skuad kebangsaan adalah satu penghormatan luar biasa.

Pemain kelahiran Argentina berusia 25 tahun itu menzahirkan rasa terharu dengan sambutan hangat yang diterimanya sejak tiba di Malaysia, selain menegaskan kesediaannya untuk memberikan sepenuh komitmen demi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa. Saya telah merasai kehangatan, semangat kekeluargaan, dan sokongan yang ikhlas dari semua sejak hari pertama.

“Jika ini baru permulaan, saya tidak dapat bayangkan betapa hebatnya bila seluruh negara berdiri teguh bersama kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysia NT.

Garcés yang sebelum ini beraksi bersama kelab Deportivo Alavés di La Liga Sepanyol dan memiliki pengalaman luas di liga utama Argentina, menegaskan beliau sudah bersedia untuk diturunkan dalam aksi penting menentang Vietnam dalam saingan Kelayakan Piala Asia pada 10 Jun ini.

“Saya bersedia memberikan segala-galanya demi Malaysia,” katanya penuh semangat.

Sementara itu, ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Clamovski turut memuji karakter dan etika kerja Garcés yang disifatkannya sebagai tambahan berkualiti kepada benteng pertahanan negara.

“Garcés seorang pemain berwibawa, tenang di atas padang, dan memiliki jiwa kepimpinan. Kehadirannya jelas memberikan impak positif kepada skuad,” kata jurulatih dari Australia itu.

Kehadiran Garcés dilihat sebagai suntikan moral yang amat diperlukan ketika Harimau Malaya berdepan jadual padat dalam misi melayakkan diri ke pentas lebih tinggi.

Sebelum ini, pengendali dari Australia itu menjelaskan beberapa pemain warisan bakal hadir bagi memperkuatkan Harimau Malaya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN