Marquez hargai usaha Tardozzi pertahankan pasukan

Marquez hargai usaha Tardozzi pertahankan pasukan

MARC MARQUEZ - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui dia menghargai usaha Davide Tardozzi yang dilihat mempertahankan dirinya selepas menerima ejekan daripada penonton ketika menjuarai Grand Prix (GP) Itali, minggu lalu.

Penonton mengejek Marquez selepas dia memenangi perlumbaan pecut pada Sabtu lalu dan pengurus pasukan Ducati, Tardozzi pergi berdepan dengan peminat di tempat duduk dari kawasan utama litar.

Tardozzi menegaskan kepada peminat bahawa Marquez kini menunggang jentera Ducati kilang, kemenangan untuk pelumba Sepanyol itu adalah kejayaan untuk pasukan dan secara tidak langsung untuk Itali.

“Akhirnya, ia adalah sesuatu yang kami tidak dapat kawal,” kata Marquez semasa sidang media selepas perlumbaan mengenai sorakan boo yang diterimanya di MotoGP Itali.

“Saya tak boleh kawal perkara itu tetapi saya sangat menghargai tindakan Davide Tardozzi yang cuba mempertahankan.

“Davide sebenarnya bukan mempertahankan saya, dia mempertahankan pelumba Ducati. Itu boleh jadi saya, Pecco (Francesco Bagnaia), (Enea) Bastianini dan (Jack) Miller pada masa lalu. Dia seorang pengurus pasukan yang sangat bagus dan dia memang mempertahankan saya.

“Dia menyokong peminat yang bersorak untuk Pecco kerana akhirnya itu bagus dan baik untuk pelumba lain apabila wira tempatan mereka, mereka menyanyi nama Pecco. Ini sesuatu yang positif,” kata Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN